Usahawan Cilik – Pemasaran
16 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini
Pada 15 Ogos 2026, NADI Kg Gunung Hilir telah mengadakan sesi Usahawan Cilik – Pemasaran yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di NADI Kg Gunung Hilir.
Peserta yang juga merupakan pelajar sekolah rendah diberi pendedahan tentang asas pemasaran dan kepentingan pemasaran produk. Peserta turut didedahkan kepada beberapa perkara berkaitan strategi pemasaran yang boleh diaplikasikan dalam mengembangkan idea dan potensi perniagaan mereka.
Walaupun program ini berlangsung atas talian, peserta menunjukkan komitmen dan penglibatan yang baik dalam mengikuti kelas. Peserta turut memberikan perhatian terhadap penerangan yang disampaikan serta mengambil bahagian dalam aktiviti dan perbincangan yang dijalankan.
Melalui sesi ini, peserta diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemasaran serta memahami kepentingan strategi pemasaran yang berkesan dalam sesuatu perniagaan. Program ini juga menjadi platform yang baik untuk membentuk keyakinan dan minat peserta terhadap dunia keusahawanan sejak di peringkat awal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: